Ahad, 20 Disember 2015

Sorry ye Ryana lambat update pasal cerpen ni. So harap korang enjoy la ye







Aulia hanya memandang kosong pantai di hadapannya. Matanya mula berkaca apabila kenangan bersama seseorang terlayar di mindanya. Bunga mawar putih di tangannya di letakkan di atas air pantai dan perlahan-lahan bunga itu di bawa ombak. Apabila bunga itu sudah tidak kelihatan di penglihatannya, air matanya gugur menodai pipi gebunya. Dia menekup mulutnya lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke sepohon pokok kelapa. Dia bersandar di pokok itu. Bahunya terhenjut-henjut menahan raungannya. Dia akhirnya terduduk di pasir halus di pantai itu. Terngiang-ngiang di pendengarannya suara ceria seorang pemuda

'Lia!! Nantikan bila Mika dah pergi dari hidup Lia, Lia mesti janji yang Lia akan sentiasa ingatkan Mika!! Kalau Lia rindu Mika, Lia hanyutkan ros putih kat air. Tapi Lia tak boleh menangis waktu tu. Selagi roa putih tu tak hilang dari pandangan Lia, Lia tak boleh menangis. Lia kena tahan!! Iya la. Takkan waktu Lia bagi Mika hadiah Lia nak menangis kan?? So janji tau!! Lia kena sentiasa tahu yang Mika akan sentiasa sayangkan kesayangan Mika ni!!' ceria suara Mikael.

Serentak itu, dia mula merapatkan lututnya dengan badannya lalu menyembamkan mukanya. Dia menangis sepuas hatinya. 'Mikael' seru hatinya. Siapa sangka kata-kata itu adalah ungkapan terakhir seorang arjuna cintanya. Dia menyesal merajuk pada hari itu. 

"Allah.. Aku rindu kan dia. Sampaikan lah salam rindu aku padanya. Peritnya hati ini hanya Engkau yang tahu. Sakitnya tidak terperi, ya Allah"katanya perlahan.
____________________________

Dari jauh, kelihatan dua pemuda yang memerhatikan gelagat gadis itu. Mereka pelik melihat gelagat gadis itu dan mereka hairan kerana tidak pernah berjumpa dengan gadis itu. Mungkin orang baru. Teka mereka.

"Tegur dia nak tak?" Tanya Shafiq. Dia sebenarnya sudah terpikat apabila melihat gadis itu pertama kalinya. Walaupun sedang menangis, wajah gadis itu tetap cantik di matanya. Matanya yang sedikit sepet, hidungnya yang mancung, mukanya yang putih kemerahan, bibir yang kecil itu begitu menarik perhatiannya. "Aku on je. Nak juga tahu siapa perempuan tu." balas Azrol. Hatinya turut memuji kecantikan perempuan itu. Namun dia sudah berpunya. Teman wanitanya, Bella pasti akan mengamuk jika dia memuji perempuan lain.

"Hai" sapa Shafiq. Namun gadis itu tetap berdiam diri. Apabila melihat gadis itu berdiam diri, dia memperkenalkan dirinya. "Saya Shafiq. Ini Azrol. Awak pula?"

"Aulia" balas gadis itu sepatah. "Kenapa awak menangis?? Awak okay ke? Tak nak share? Orang putih kata sharing is caring tau! So wanna share?" seloroh Shafiq. Aulia hanya tersenyum. "Nothing to share. I am okay. Just remember something taht make me emosional" balas Natasha. Shafiq dan Azrol hanya tersenyum. Mereka tidak mahu memaksa gadis itu. "Boleh kami duduk?? Lenguh la berdiri" tanya Shafiq setelah beberapa lama berdiri. Kakinya sedikit lenguh. Mereka terus duduk apabila melihat anggukan Aulia. "Awak bercuti kat sini ke?" tanya Azrol apabila kesepian mula mencengkam. "Tak la. Saya baru je pindah sini.". "Ohhh.. Means awak akan sekolah kat sini la ye?" tanya Azrol. " Tak la.. Saya sekolah dekat laut nun"gurau Aulia. Dia tersenyum nipis. "Saya balik dulu la ye" sambungnya. Tanpa menunggu balasan jejaka itu, dia terus beredar.

'Peliknya  perempuan ni' getus hati Azrol.

----------------------------

"Bangun!! Assalamualaikum cikgu !"  ucap Azrol apabila melihat Cikgu Kamalia berjalan memasuki kelas. Di belakang cikgu pula terdapat gadis di pantai semalam. 'Satu kelas rupanya' bisik hatinya.

"Waalaikummussalam. Hari ni kita ada pelajar baru. Sila kenalkan diri kamu" arah Cikgu Kamalia kepada Aulia. "Saya Natasha Aulia. Panggil je Aulia tak pun Lia je. Saya berasal dari KL. Selamat berkenalan" ucap Aulia. Dia mengoyak senyuman nipis. Selesai memperkenalkan diri, dia terdengar siulan-siulan nakal dari pelajar lelaki. "Ok terima kasih Lia. Awak boleh duduk sebelah Bella" arah Cikgu Kamalia sambil menunding jari ke arah seorang gadis yang bermuka serius. Dia terus menuju ke arah yang ditunjukkan dan pembelajaran pun dimulakan.

Ketika waktu rehat, Aulia terkejut apabila Bella merentap tangannya. Namun dia hanya mendiamkan diri menanti butir bicara rakan barunya itu. "Eh, kau dengar baik-baik ye. Aku Syarsyabella Airelish. Aku ketua TSG blackforest. And aku tak nak kau buat hal kat sekolah aku faham?" ucap Bella. Dia memang tidak menyenangi kehadiran Aulia kerana berpendapat Aulia hanya akan merampas kedudukannya. Setelah memberi amaran, Bella terus berlalu pergi bersama beberapa rakannya. Mereka hanya tersenyum sinis melihat Aulia terkedu.

----------------------------

Kringgg kringggg!! Loceng yang berbunyi menunjukkan sudah tiba masa untuk balik. Shafiq tersengih-sengih lalu mengemaskan barangnya. Dia terus menuju ke arah Aulia. "Hai!" ucap Shafiq ceria. "Hey" balas Aulia. Dia mengoyak senyuman nipis. Mereka beriringan menuju ke pagar sekolah. "Tak sangka kita sekelas kan?" ucap Shafiq bagi meancing perhatian Aulia. Apabila tidak mendapat respon, dia turut mendiamkan diri. Langkah Aulia mati secara tiba-tiba. Matanya menangkap kelibat seorang pemuda yang bersandar di kereta sport merah garang. Aulia merengus perlahan lalu menuju ke arah yang bertentangan. Shafiq yang hanya mengekorinya di biarkan. Dia berjalan laju menuju ke belakang sekolah. Di situ, tersadai sebuah kerusi di tepi tembok sekolah. Shafiq hanya melihat kelakuan Aulia. Dia kehairanan mengapa Aulia menuju ke belakang sekolah. Belum sempat bertanya, dia terkejut apabila melihat Aulia mengangkat kain sekolah sehingga paras peha. Hanya seluar panjang sahaja yang membaluti kaki gadis itu. Aulia terus berlari sepantas yang boleh lalu melompat ke atas kerusi itu dan melompat sehingga melepasi tembok sekolah yang tinggi itu. Mulut Shafiq ternganga apabila melihat perlakuan gadis itu. 'Mak datok!! Bapak ar perempuan ni. Hebat gile' bisik hatinya. Dia tergamam apabila Aulia terus memecut meninggalkannya. Shafiq terus terkaku.

Selasa, 15 Disember 2015

Ini sinopsis cerpen HATI  YANG KAU BUNUH. So Ryana harap ada yang sudi beri komen pada cerpen ni ye (^_^)






 Natasha Aulia, seorang anak gadis yang baru berpindah ke Kampong Aman Dahlia. Gadis yang misteri. Matanya menyimpan pelbagai duka. Kisah cintanya yang tidak kesampaian membawanya ke kampung itu. Konfliknya bersama rakan dan keluarganya membuatkan dia merasakan keputusannya untuk berpindah adalah yang terbaik. Hidupnya sentiasa diselubungi oleh seseorang yang mendapat tempat di hatinya. Kehadirannya di situ tidak dialu-alukan oleh Bella, anak seorang hartawan di kampung itu. Dalam diam, Bella cuba untuk mencungkil rahsia si gadis misteri. Namun, apabila rahsia terbongkar, air mata dan belas kasihan menghuni hatinya. Apakah akan ada bahagia buat Natasha Aulia? Apakah kehadirannya di kampong itu akan menenangkannya?

"Kau bukan sesiapa dalam hidup aku Tengku Rayyan Iskandar. Kau dah musnahkan semuanya yang berharga dalam hidup aku. Kau dah bunuh hati aku. Kau dan keluarga kau memang kejam!"         -Natasha Aulia-

"Dear, percayalah semua ni untuk kebaikan dear. Abang sayangakn dear dan abang nak dear sentiasa bahagia sayang" - Tengku Rayyan Iskandar-

"Lia kena sentiasa tabah hadapi semua dugaan ye. Percaya lah yang Mika akan sentiasa menyokong kesayangan Mika dari belakang" - Irsyad Mikael-

"Dia dah terlalu banyak menderita. Kenapa aku perlu menambah deritanya" - Syarsyabella Airilsh-

"Aku akan takluki hati dia walaupun terpaksa guna cara kotor" - Tengku Airil-

"Aku redha melepaskan dia asalkan dia bahagia" - Shafiq-

"Dia permaisuri hati aku. Akan aku dapatkannya" - Azrol-

Siapakah Arsyad Mikael? Adakah dia yang menjadi cinta hati Natasha Aulia? Apakah hubungan Natasha Aulia dengan Tengku Rayyan Iskandar? Apakah jalan hidup Natasha akan tamat dengan bahagia seperti jalan cerita novel yang dibacanya?

NANTIKAN KEMUNCULAN CERPEN BERSIRI  "HATI YANG KAU BUNUH"

Sabtu, 12 Disember 2015

Assalamualaikum!! Saya masih baru dalam bidang penulisan ni. Bak kata pantun, buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Nantikan kemunculan cerpen bersiri saya ya!