Selasa, 15 Disember 2015

Ini sinopsis cerpen HATI  YANG KAU BUNUH. So Ryana harap ada yang sudi beri komen pada cerpen ni ye (^_^)






 Natasha Aulia, seorang anak gadis yang baru berpindah ke Kampong Aman Dahlia. Gadis yang misteri. Matanya menyimpan pelbagai duka. Kisah cintanya yang tidak kesampaian membawanya ke kampung itu. Konfliknya bersama rakan dan keluarganya membuatkan dia merasakan keputusannya untuk berpindah adalah yang terbaik. Hidupnya sentiasa diselubungi oleh seseorang yang mendapat tempat di hatinya. Kehadirannya di situ tidak dialu-alukan oleh Bella, anak seorang hartawan di kampung itu. Dalam diam, Bella cuba untuk mencungkil rahsia si gadis misteri. Namun, apabila rahsia terbongkar, air mata dan belas kasihan menghuni hatinya. Apakah akan ada bahagia buat Natasha Aulia? Apakah kehadirannya di kampong itu akan menenangkannya?

"Kau bukan sesiapa dalam hidup aku Tengku Rayyan Iskandar. Kau dah musnahkan semuanya yang berharga dalam hidup aku. Kau dah bunuh hati aku. Kau dan keluarga kau memang kejam!"         -Natasha Aulia-

"Dear, percayalah semua ni untuk kebaikan dear. Abang sayangakn dear dan abang nak dear sentiasa bahagia sayang" - Tengku Rayyan Iskandar-

"Lia kena sentiasa tabah hadapi semua dugaan ye. Percaya lah yang Mika akan sentiasa menyokong kesayangan Mika dari belakang" - Irsyad Mikael-

"Dia dah terlalu banyak menderita. Kenapa aku perlu menambah deritanya" - Syarsyabella Airilsh-

"Aku akan takluki hati dia walaupun terpaksa guna cara kotor" - Tengku Airil-

"Aku redha melepaskan dia asalkan dia bahagia" - Shafiq-

"Dia permaisuri hati aku. Akan aku dapatkannya" - Azrol-

Siapakah Arsyad Mikael? Adakah dia yang menjadi cinta hati Natasha Aulia? Apakah hubungan Natasha Aulia dengan Tengku Rayyan Iskandar? Apakah jalan hidup Natasha akan tamat dengan bahagia seperti jalan cerita novel yang dibacanya?

NANTIKAN KEMUNCULAN CERPEN BERSIRI  "HATI YANG KAU BUNUH"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan